suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dibuli sejak kecil, lelaki tukar jantina akhirnya jadi doktor... bangga rawat pesakit Covid-19

Pada 2013, dia menyertai pertandingan ratu cantik Miss Trans Queen dan turut menjalani enam pembedahan bagi merealisasikan hasratnya menjadi wanita.

LENGKAP dengan pakaian perlindungan khas (PPE), Beoncy Laishram kelihatan cukup komited sewaktu bertugas di wad pengasingan Covid-19.

Namun, dia bukanlah seorang doktor biasa, sebaliknya dikenali sebagai doktor transgender pertama di Manipur, India.

Berusia 27 tahun, dia sempat bercerita mengenai perjalanan hidupnya sehingga kini bertugas di sebuah hospital swasta di negara itu.

"Saya tahu saya bukan lelaki sewaktu masih kecil. Rakan-rakan suka membuli. Mereka sering ejek saya.

"Saya selindungkan identiti kerana tak mahu dibuli secara mental. Saya berterusan menderita bagi membolehkan diri ini diterima masyarakat," ujarnya.

Pada 2013, dia menyertai pertandingan ratu cantik Miss Trans Queen dan turut menjalani enam pembedahan bagi merealisasikan hasratnya menjadi wanita.

Ujar doktor itu lagi, dia kini fokus terhadap kerjayanya dan cukup berbangga dengan pencapaian yang diraih setakat ini. - News18.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain