suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lebih 10 tahun hidap masalah mental, wanita nekad terjun cenuram bersama dua ekor anjing peliharaan

Carla (gambar kecil) maut selepas nekad terjun dari cenuram bersama dua ekor anjingnya gara-gara menghidap masalah mental. Foto: FB/BPM

SEORANG wanita maut selepas nekad terjun dari cenuram bersama dua ekor anjingnya, gara-gara tidak tahan dengan masalah mental yang membelengguinya sejak lebih dari sepuluh tahun lalu.

Mayat Carla Kidd, 45 dan dua ekor haiwan peliharaannya ditemui di pesisiran pantai Cornish, England pada 28 November tahun lalu.

Menerusi satu inkues mengenai kematiannya, wanita itu dilaporkan mempunyai 'sejarah masalah kesihatan mental yang berpanjangan dan serius' sejak tahun 2004, ketika dia pindah ke daerah itu dengan bekas pasangannya David Rands.

Pasangannya itu melaporkan mengenai kehilangan wanita berkenaan pada hari sebelum kejadian selepas menerima pesanan teks yang membimbangkan.

Antara kandungan mesej berkenaan, wanita itu mengatakan dia berada di cenuram dan berniat untuk terjun bersama dua ekor anjingnya, Nathan dan Kiera.

Rands bagaimanapun meminta orang ramai agar tidak menghakimi bekas pasangannya kerana membawa dua ekor anjing bersamanya. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

masalah mental, cenuram, anjing

Artikel Lain