suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada penjarakkan sosial, 240 pengunjung resort 'bogel' terkenal di Perancis dijangkiti Covid-19 selepas berparti

Pengunjung dijangkiti wabak maut berkenaan selepas menghadiri sebuah parti yang diadakan di Hotel Cap d'Agde yang terletak di sebuah resort peranginan terkenal di Perancis. Foto: Getty Images

SERAMAI 240 pengunjung sebuah resort 'bogel' terkenal di Perancis dijangkiti Covid-19.

Mereka dijangkiti wabak maut berkenaan selepas menghadiri sebuah parti yang diadakan di Hotel Cap d'Agde.

Hotel yang terletak di kawasan perairan Mediterranean itu merupakan pusat peranginan semula jadi terbesar di dunia dan ia 'menghalalkan' pengunjungnya untuk berbogel sepanjang masa.

Seramai 95 pengunjung didapati positif Covid-19 pada minggu lalu, kemudian 50 lagi didapati dijangkiti wabak berkenaan selepas pulang ke rumah.

Angka itu kemudian meningkat hampir sekali ganda, dengan 30 peratus daripada 800 tetamu parti itu disahkan positif.

Pemilik hotel mengatakan bahawa kumpulan pengunjung berkenaan tidak mengamalkan penjarakan sosial ketika parti berlangsung. - Dailystar.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

parti, resort, bogel, Covid-19

Artikel Lain