suria

Tragedi ‘baby shower’, guru hamil maut akibat Covid-19

Seorang guru hamil meninggal dunia akibat Covid-19.

SEORANG guru hamil meninggal dunia akibat Covid-19 setelah mendapat jangkitan daripada rakan yang tidak bergejala pada majlis kejutan 'baby shower' di Anapolis, Brazil.

Camila Graciano hamil lapan bulan ketika rakan-rakannya mengadakan majlis untuk meraikannya, awal bulan ini, seperti yang dilaporkan The Sun pada 26 Ogos.

Sepanjang kehamilan, guru berusia 31 tahun itu meminimumkan kontak dengan orang lain sebagai langkah perlindungan ketika pandemik itu.

Bagaimanapun, pada majlis tersebut, dia dan rakan-rakannya tidak menyedari bahawa salah seorang daripada mereka telah dijangkiti Covid-19 dan tidak bergejala.

Susulan majlis itu, abang Graciano, Daniel Helio Ambrosio, memberitahu agensi berita Brazil, Globo bahawa rakan yang dijangkiti itu kemudian jatuh sakit.

Tiga hari selepas baby shower, Graciano dibawa ke hospital kerana Covid-19.

Graciano dilaporkan ditempatkan di wad bersalin untuk kehamilan berisiko tinggi pada 19 Ogos.

Doktor kemudian melakukan induce bagi memudahkan proses kelahiran untuk menyelamatkan bayi dalam kandungannya.

Walaupun kelahiran pra-matang, bayinya dalam keadaan sihat,

Bagaimanapun, keadaan Graciano bertambah buruk pada 21 Ogos sebelum meninggal dunia keesokkan harinya. – Philippine Daily Inquirer/Asia News Network

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain