suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gaji besar namun tak tenang... akhirnya lelaki ini berhenti kerja sebagai jurutera untuk jadi penjual teh

Gambar gerai lelaki ini yang ditampal nota mengenai kisah penghijrahan kerjayanya menjadi viral selepas dimuat naik di Twitter oleh seorang pelayar. Foto: Twitter Awanish Sharan

TIDAK kisah dengan tanggapan masyarakat, lelaki ini memilih untuk meninggalkan kerjaya yang menjanjikan gaji lumayan demi melakukan pekerjaan yang memberikannya kepuasan.

Lelaki ini yang tidak dikenali identitinya, dikhabarkan merupakan seorang jurutera perisian (software engineer) dan pernah bekerja di syarikat ternama sebelum ini,

Sungguhpun menerima gaji yang lumayan, lelaki ini merasakan dia tidak mencapai kepuasan lantas mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan sendiri, iaitu pejual air teh.

Gambar gerai miliknya yang ditampal dengan nota catatan yang menjelaskan mengenai keputusannya untuk menukar kerjaya sebagai penjual air teh, telah menjadi viral di internet selepas dikongsikan oleh seorang pelayar di Twitter.

Nota catatan tersebut bertulis:

"Pada dasarnya, saya adalah seorang Jurutera Perisian. Saya telah bekerja di banyak syarikat seperti Wipro di mana saya mendapat gaji yang baik namun saya tak tenang. Saya selalu mahu berniaga. Setiap hari, secawan teh akan ada di atas meja saya.

"Namun, saya tidak pernah merasai teh yang boleh disebut luar biasa. Saya sentiasa menjadi peminat teh. Saya mahu ada tempat di mana orang boleh menikmati teh yang luar biasa. Itulah sebabnya saya memulakan perniagaan teh dan menjadi 'jurutera teh'" tulisnya pada nota itu. - India.com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain