suria

Gara-gara tidur di luar rumah, ular sepanjang 4 kaki menyusur masuk ke dalam kerongkong!

Seekor ular sepanjang 4 kaki ditarik keluar dari kerongkong seorang wanita di Rusia.

SEKUMPULAN doktor di sebuah hospital di Rusia berjaya mengeluarkan seekor ular sepanjang empat kaki daripada mulut seorang wanita.

Dilaporkan, ular berkenaan menyusur memasuki mulut wanita itu ketika dia sedang tidur di halaman rumahnya di sebuah kampung yang terletak di Levashi, Dagestan.

Dia yang merasa tidak sihat selepas bangun tidur kemudian segera dikejarkan ke hospital.

Rakaman video dalam bilik bedah yang tular di internet memaparkan doktor memasukkan tiub menerusi kerongkong wanita berkenaan.

Sebaik sahaja tiub ditarik, kelihatan seekor ular keluar sehingga membuatkan beberapa pegawai perubatan di situ kelihatan terkejut.

Tidak dapat dipastikan sama ada ular berkenaan sudah mati ataupun masih hidup.

Menurut laporan Daily Mail, kejadian seperti itu sering terjadi di kawasan perkampungan dan orang ramai berulang kali diberi amaran agar tidak tidur di luar. - India.com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

ular, doktor, luar rumah, tidur

Artikel Lain