suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pihak berkuasa guna helikopter 'halau' pengunjung pantai, gesa patuhi had waktu ditetapkan untuk elak penularan Covid-19

Helikopter polis digunakan untuk 'menghalau' pengunjung agar beredar mengikut had waktu yang ditetapkan. Foto: Solarpix

DEMI mahu memastikan orang ramai mematuhi peraturan di kala pandemik Covid-19, pihak berkuasa terpaksa menggunakan sebuah helikopter untuk 'menghalau' pengunjung di sebuah pantai di Sepanyol.

Sebuah video yang dimuat naik di internet memaparkan helikopter milik polis yang terbang rendah di kawasan pantai Palma dan Calvia, Majorca dan meminta pengunjung beredar mengikut waktu yang ditetapkan iaitu pukul 9 malam.

Pihak berkuasa berkata mereka menggunakan helikopter setiap hari untuk memastikan pengunjung patai itu mematuhi peraturan baharu untuk mengekang penyebaran Covid-19.

Di kawasan pantai Majorca, penutupan berlangsung dari pukul 9 malam hingga 7 pagi.

Taman rekreasi juga ditutup pada waktu malam dalam usaha untuk mengelakkannya dijadikan kawasan pesta berikutan penutupan disko. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain