suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terperangkap di India akibat Covid-19, wanita Perancis berbogel atas jambatan ditahan pihak berkuasa

Wanita itu berbogel di atas jambatan berkenaan yang dianggap sebagai tempat suci oleh masyarakat setempat.

SEORANG pelancong warga Perancis bakal berhadapan hukuman penjara selepas dia berbogel atas sebuah jambatan di India.

Berusia 27 tahun, Marie-Helene boleh dipenjara sehingga tiga tahun selepas membuat provokasi itu pada Khamis lalu.

Difahamkan, dia terperangkap di India akibat Covid-19 sejak Mac lalu.

Menerusi video tular, dia berbogel di atas jambatan berkenaan yang dianggap sebagai tempat suci oleh masyarakat setempat.

Menurut seorang anggota polis, R.K. Saklani, wanita itu mungkin beranggapan budaya yang boleh dilakukan di negara asalnya boleh diterima di India.

"Mungkin perlakuan itu bukan sesuatu yang salah di Perancis. Tapi jambatan ini merupakan tempat suci.

"Kata wanita itu, dia berbuat demikian untuk mempromosi perniagaan kalung manik sahaja," ujarnya. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain