suria

Bukan polis trafik, tapi lelaki ini kawal lalu lintas tanpa gaji selama 32 tahun

Gangaram memberi khidmat mengawal lalu lintas. Foto Betterindia

SEORANG lelaki menjadi perhatian apabila mengawal lalu lintas di persimpangan lampu isyarat di Seelampur, New Delhi di India.

Bagaimanapun, dia bukanlah seorang anggota polis trafik.

Dia telah melakukan tugas itu sejak 32 tahun lalu dan memakai pakaian seragam seperti polis trafik.

Tugasnya dari pukul 9 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Walaupun pandemik Covid-19 dan gesaan kerajaan supaya warga emas kekal berada di rumah, Gangaram yang berusia 72 tahun tetap komited dengan tugasnya di persimpangan lampu isyarat di Seelampur.

Gangaram sebelum ini mempunyai kedai membaiki TV di Seelampur, malah dia juga berpengalaman membaiki peralatan elektrik.

Anak lelakinya membantunya menjalankan operasi di kedai.

Satu hari, kedainya didatangi seorang pegawai polis yang mahu membaiki sesuatu, dia kemudian mengisi borang warden trafik dan sejak itu tiada apa yang menghalangnya untuk mengawal lalu lintas.

Satu-satunya anak lelaki Gangaram menjadi mangsa kemalangan jalan raya di persimpangan lampu isyarat di Seelampur, dan isterinya pula meninggal dunia selepas kematian anak lelakinya.

Sejak kematian anak lelakinya, dia nekad untuk memberi khidmat dengan mengawal lalu lintas selagi masih hidup.

Apa yang dilakukannya itu bersebab, dia tidak mahu orang lain menimpa nasib yang sama seperti anaknya.

Di atas jasa itu juga, Gangaram menerima banyak pingat dan penghargaan daripada polis dan pertubuhan sosial setiap tahun. - India Times

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain