suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seram! CCTV garaj rakam imej aneh berwarna putih sedang melintas laju

Imej aneh yang dirakam menerusi CCTV sebuah garaj didakwa sebagai hantu. Foto: Reddit/Blunderdefect

MENYERAMKAN! Satu imej aneh seolah-olah terapung dan melintas laju berjaya dirakam oleh sebuah kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di garaj kereta sebuah kediaman.

Majoriti pelayar laman Reddit menyifatkan imej aneh itu sebagai hantu.

Klip video pendek berdurasi 23 saat itu pada mulanya hanya menunjukkan keadaan sunyi di sebuah garaj menjelang tengah malam.

Beberapa saat kemudian kelihatan satu objek putih seperti asap melintasi sebuah kereta dengan laju.

BlunderDefect, pihak yang memuat naik klip video berkenaan di media sosial, turut membuat suntingan dalam bentuk gerak perlahan agar imej berkenaan kelihatan lebih jelas.

Ketika sebahagian besar pelayar menyifatkan imej aneh berkenaan sebagai hantu, ada pula yang beranggapan kemungkinan ia adalah serangga yang terbang. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

CCTV, garaj, imej aneh, melitas, putih, tengah malam

Artikel Lain