suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hantar dadah guna perkhidmatan pos, rancangan terbantut gara-gara syarikat penghantaran kesan bau kuat

Bungkusan mengandungi pelbagai jenis dadah yang bakal dihantar ke United Kingdom, Australia, dan Amerika. Foto: SWNS

DUA lelaki diberkas gara-gara menghantar beratus-ratus bungkusan berisi dadah melalui perkhidmatan pos.

James Willoughby, 27, dan Mac Cheremeh, 42, cuba memasukkan bungkusan berisi kokain, heroin, ganja, ketamin, ekstasi dan sebagainya ke dalam kotak pos.

Bungkusan-bungkusan berkenaan bakal dihantar ke United Kingdom, Australia, dan Amerika.

Walaubagaimanapun, rancangan mereka terbantut apabila Royal Mail mengesan 'bau ganja yang kuat' sebelum membuat pemeriksaan.

Dua beradik Willoughby dan Cheremeh mengakui bahawa mereka merupakan dalang yang membekalkan bahan terlarang tersebut antara November hingga Disember 2018.

Mereka hadir di Mahkamah Chelmsford Crown semalam untuk dibicarakan.

Cheremeh dan James Willoughby masing-masing dipenjara selama 10 tahun.

Manakala abang James iaitu Charles Willoughby, 32, pula dijatuhi hukuman penjara lapan bulan. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain