suria

Berani! Dua wanita guna sari selamatkan sekumpulan lelaki dihanyutkan arus deras

Dua wanita menggunakan kain sari mereka untuk menyelamatkan mangsa lemas. Foto India Times

DUA wanita di Mungeli, Chhattisgarh di India menggunakan kain sari mereka untuk menyelamatkan dua lelaki mangsa lemas.

Ketika kejadian, kedua-dua lelaki berkenaan dihanyutkan oleh air deras sungai.

Menurut laporan TOI, individu ketiga gagal berpaut pada sari lemas dalam kejadian itu.

Bagaimanapun, keberanian Poornima Kewant, 40, dan Panchwati, 35, telah menyelamatkan dua nyawa.

Dalam kejadian pada 19 Ogos lalu, Poornima dan Panchwati sedang mandi di kampung Chindbhog sebelum mereka mendengar jeritan.

Mereka kemudian melihat tiga lelaki dihanyutkan oleh arus deras. Mereka cuba untuk berenang tetapi arus sungai terlalu deras.

Kedua-dua wanita itu hanya mempunyai beberapa saat sebelum kesemua mangsa melepasi mereka.

Mereka nekad menggunakan kain sari yang dibawa untuk dipakai selepas mandi, dengan mengikatnya sebagai tali dan dilemparkan ke sungai ke arah mangsa.

Dua daripada tiga mangsa, Anil, 23, dan Rameshwar Patel, 35, berjaya berpaut pada ikatan sari tersebut.

Mangsa ketiga, Manoj Petel, 30, tidak dapat berpaut dan dihanyutkan arus deras sebelum mayatnya ditemui beberapa kilometer di wilayah Pathargadi, dua hari kemudian. - India Times

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain