suria

Menyeramkan! Pengasuh cabut lari selepas rakam video anak patung gerakkan kaki sendiri

Tangkapan skrin (screenshot) daripada video milik seorang pengasuh, Holly Amstrong yang sempat merakam kejadian mistik di mana anak patung menggerakkan kakinya sendiri. Foto: TikTok/hollyarmstrong20

MENYERAMKAN! Seorang wanita sempat merakam insiden mistik di mana satu anak patung dilihat menggerakkan kakinya sendiri.

Holly Armstrong ketika itu sedang mengasuh anak kepada tuan rumah tersebut pada2 Ogos lalu.

Melalui video yang dimuat naik dalam aplikasi TikTok itu, kelihatan anak patung yang diletakkan di bahagian atas sebuah almari menggerakkan kakinya.

Holly yang berdiri kira-kira satu meter daripada almari yang terbuka itu beberapa kali didengari menyebut 'Oh, ya Tuhan!' sambil merakam.

Anak patung 'berhantu' itu memakai seluar panjang berwarna coklat dan sepasang kasut berwarna gelap, dilihat menggerakkan kakinya secara perlahan-lahan.

Tanpa menunggu lama, Holly berkata dia segera berlari keluar dari rumah berkenaan kerana ketakutan.

Video tersebut kemudian menjadi viral di mana ia telah mencatatkan tontonan lebih daripada 10 juta kali. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

anak patung, almari, pengasuh, cabut lari, kaki

Artikel Lain