suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak ada 12 jari bangga main video game lebih pantas daripada rakan

Keadaan Faizan yang mempunyai 12 jari terjadi dalam satu daripada 1,500 kelahiran. Foto Tahir Ibn Manzoor/ SWNS

SEORANG budak lelaki berusia 12 tahun yang dilahirkan dengan 12 jari berkata, ia membantunya untuk memanjat pokok, menangkap bola dan bermain permainan video lebih baik berbanding rakan-rakannya.

Faizan Ahmad Najar dilahirkan dengan keadaan kongenital secara heksadesimal iaitu enam digit, yang berlaku dalam satu daripada kira-kira 1,500 kelahiran.

Keadaan itu bermaksud pelajar sekolah tersebut mempunyai dua ibu jari tambahan, satu jari di setiap tangan.

Namun, Faizan tidak membiarkan jari tambahan itu menghalangnya melakukan aktiviti harian.

Sebaliknya, dia berbangga dengan keadaan tersebut, dengan mengatakan jari tambahan itu memberi kelebihan kepadanya berbanding rakan-rakannya dalam aktiviti tertentu.

Faizan berkata, memiliki dua belas jari bermakna dia lebih baik dalam permainan kriket.

Anak muda itu juga memberitahu, ibu jari tambahan itu membantunya bermain permainan video, memanjat pokok lebih cepat daripada rakannya, selain cemerlang dalam kriket yang merupakan sukan kegemarannya. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain