suria

Angkara ayam lintas jalan, pemandu 41 tahun terbabas rempuh kediaman

Pemandu dan seorang lagi penumpang turut dikejarkan ke hospital sejurus kejadian itu berlaku.

MALANG tidak berbau.

Begitulah kisahnya melibatkan seorang lelaki berusia 41 tahun apabila dia mengalami kemalangan demi mengelak seekor ayam yang sedang melintas jalan.

Berlaku di Afrika Selatan, kereta dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas merempuh dinding sebuah kediaman.

Akibat kejadian itu, pemandu berkenaan bersama seorang lagi penumpang berusia 19 tahun mengalami kecederaan dan turut dihantar ke hospital.

Kata lelaki itu, dia pada mulanya menyangka hampir melanggar seorang kanak-kanak sebelum menyedari ia merupakan seekor ayam.

Difahamkan, tiada individu dari kediaman itu mengalami kecederaan akibat kejadian berkenaan. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain