suria

Anak anjing mati didera secara seksual, parah di bahagian rektum

Seekor anak anjing bernama Weichafe mati akibat diserang secara seksual. Foto @angie.l.chang/Newsflash

SEEKOR anak anjing berusia enam bulan mati selepas didera secara seksual di Chile.

Anjing yang bernama Weichafe itu ditemui selepas diserang secara seksual pada Sabtu minggu lalu.

Bagaimanapun, kecederaannya terlalu parah untuk doktor menyelamatkan nyawanya.

Kejadian berlaku di lembah Azapa di Arica, di utara negara Amerika Latin itu.

Doktor memberinya ubat anti-radang, antibiotik dan ubat penahan sakit lain, namun haiwan itu tidak dapat bertahan dengan kecederaan mengejutkan.

Weichafe kemudian dipindahkan ke Hospital Veterinar Limari, yang mana Dr Claudia Concha berkata: "Haiwan kecil ini mengalami banyak luka di bahagian rektum dengan luka turut didapati di pangkal ekor."

Dr Concha turut memberitahu bahawa imbasan X-Ray menunjukkan bahagian rektum mempunyai kesan kecederaan, yang membuktikan berlakunya pencabulan.

Presiden kumpulan haiwan ACSA, Angie Lemo berkata, siasatan jenayah sedang dijalankan berhubung kejadian. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain