suria

Belanja lebih RM 1,000 setiap minggu untuk keperluan 11 anak, ibu muda ini mahu tambah lagi bilangan cahaya mata

Britni yang sedang hamil kembar tiga (gambar kanan) menginginkan cahaya mata seramai 15 orang. Foto: Mercury Press&Media

SUDAH pun memiliki 11 anak, namun wanita ini tetap berhasrat untuk menambah bilangan cahaya matanya.

Britni Church sendiri pada mulanya tidak menyangka dia akan mempunyai sebuah keluarga yang besar, namun mula menyukainya dan tidak kisah untuk hamil dengan kerap.

Wanita berusia 31 tahun ini menyasarkan untuk mencukupkan bilangan cahaya matanya seramai 15 orang, namun dia akur sekiranya anak-anaknya tidak bersetuju.

Buat masa ini, Britni dan suaminya Chris Church perlu membelanjakan kira-kira RM 1,263 setiap minggu untuk membeli lampin pakai buang, bijirin dan susu untuk anak mereka.

Britni berkata: "Saya harap kami akan berusaha mendapatkan bayi perempuan pula.

"Saya tidak merasa seperti mempunyai anak yang ramai. Perasaannya seperti normal.

"Tapi sekiranya ada anak-anak yang berkata 'ibu tak boleh hamil lagi' dan saya menerimanya," katanya.

Anak ke-9, ke-10 dan ke-11 pasangan ini merupakan kembar tiga yang baru berusia beberapa bulan. - Mirror.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain