suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tikus disimbah dengan air panas, 2 pekerja dalam video tular diburu

Kejadian dipercayai berlaku di Portsmouth, Hampshire.

SATU rakaman memaparkan aksi dua pekerja menyimbah air panas ke dalam sebuah tong berisi tikus menjadi tular.

Dirakam menerusi Snapchat, video itu kemudiannya meraih perhatian ramai selepas dikongsi di Facebook.

Tidak didedahkan lokasi kejadian, ia bagaimanapun dipercayai berlaku di Portsmouth, Hampshire.

Dalam rakaman berkenaan, seorang lelaki mencurahkan air panas ke atas haiwan berkenaan.

Kemudiannya seorang lagi lelaki turut ketawa selepas haiwan tersebut mati.

"Oh mereka dah senyap," kata salah seorang pelaku.

Dalam pada itu, jurucakap badan kebajikan haiwan RSPCA berkata mereka turut menerima rakaman berkenaan.

Malah, pihaknya memohon bantuan orang ramai dalam menjejaki pelaku berkenaan. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

tikus, air panas, pekerja, kejam, simbah

Artikel Lain