suria

Ketua polis di Florida larang kakitangan pakai pelitup muka, tujuannya supaya wajah mereka dikenali!

Sherif Billy Woods berkata arahan berkenaan bertujuan supaya sesiapa sahaja yang datang ke balai dapat dikenali. Foto: Marion County Sheriff's Office

SEORANG ketua polis di Florida melarang kakitangan di balainya memakai pelitup muka ke tempat kerja.

Arahan yang dikeluarkan oleh Sheriff Billy Woods juga tertakluk kepada kesemua orang awam yang berkunjung ke balainya.

Ini merupakan larangan pemakaian topeng yang pertama dalam sejarah penguatkuasaan undang-undang Amerika Syarikat.

Woods berkata arahan berkenaan bertujuan supaya sesiapa sahaja yang datang ke balai dapat dikenali.

Florida merupakan salah satu negeri di Amerika Syarikat yang paling terjejas dek wabak Covid-19.

Sehingga kini lebih daripada 550,000 kes positif dicatatkan dengan angka korban sebanyak 8,700 direkodkan.

Arahan Woods, yang dikeluarkan pada Selasa, bagaimanapun mempunyai beberapa pengecualian, termasuk bagi mereka yang bekerja di penjara yang terdedah dengan risiko jangkitan lebih tinggi, mahkamah, hospital atau sekolah. - BBC.Com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

pelitup muka, Florida, ketua polis

Artikel Lain