suria

Microsoft rancang beli aplikasi TikTok, mahu elak pengharaman di AS

Trump meluahkan hasrat untuk mengharamkan aplikasi berkenaan di AS. REUTERS/Dado Ruvic/Illustration/File Photo

MICROSOFT Corp pada Ahad mendedahkan mereka akan meneruskan perbincangan dalam usaha mengambil alih aplikasi TikTok.

Dimiliki oleh syarikat dari China, ByteDance, Microsoft menjangkakan proses perbicangan itu akan dijalankan pada 15 September depan.

Kata syarikat itu lagi, ketua eksekutif mereka, Satya Nadella juga telah berbincang mengenai hal itu dengan presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Difahamkan, pegawai dari Microsoft Corp dan wakil eksejutif TikTok juga sedang berbincang dengan Rumah Putih dalam usaha mengekang sekatan ke atas aplikasi berkenaan.

Baru-baru ini, Trump meluahkan hasrat untuk mengharamkan aplikasi berkenaan di AS.

Ia susulan kebimbangan ia menjadi senjata dalam usaha mendapatkan maklumat peribadi rakyat negara itu.

TikTok bagaimanapun menafikan tuduhan berkenaan. - CGTN.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TikTok, Microsoft Corp, China

Artikel Lain