suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat berpatah balik ke lapangan terbang, usir 2 penumpang enggan pakai pelitup muka

Kejadian berlaku sewaktu penerbangan dari Detroit ke Atlanta.

SELAIN menjaga jarak sosial, pemakaian pelitup muka wajar menjadi amalan semua individu dalam usaha mengekang penularan Covid-19.

Malah, di kawasan tertentu khususnya yang melibatkan ramai pengunjung, kita semua diwajibkan memakai pelitup muka.

Begitu juga di dalam kapal terbang yang mana berlaku satu kes mengenai hal itu baru-baru ini.

Menurut laporan, penerbangan Delta Airlines dari Detroit ke Atlanta terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang bagi mengusir dua penumpang yang enggan memakai pelitup muka.

Disebebkan itu juga, jadual penerbangan berubah sehingga mereka lewat tiba ke destinasi.

Delta bagaimanapun tidak mendedahkan nama dua penumpang tersebut. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain