suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lebih 200 kanak-kanak hadiri kem musim panas dijangkiti Covid-19 selepas penganjur tak wajibkan pakai topeng muka

Gara-gara penganjur tidak mewajibkan pemakaian topeng pelitup muka, lebih 200 kanak-kanak dijangkiti Covid-19 selepas menghadiri kem musim panas. Foto: Getty Images

LEBIH daripada 200 kanak-kanak telah dijangkiti wabak Covid-19 selepas menghadiri kem musim panas di Georgia, Amerika Syarikat.

Dilaporkan seramai 260 kanak-kanak termasuk kakitangan kem yang dianjurkan pada akhir Jun lalu itu, dijangkiti wabak berkenaan.

Kem itu, yang tidak didedahkan oleh Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC), telah dikritik kerana tidak mewajibkan kanak-kanak memakai topeng muka.

Dilaporkan juga kebanyakan bangunan di kem itu tidak mempunyai pengudaraan yang betul.

CDC mendedahkan bahawa lebih 200 daripada mangsa yang dijangkiti adalah kanak-kanak, dan ini bermaksud bahawa lebih satu pertiga daripada mereka yang hadir terkena jangkitan wabak maut berkenaan. - Mirror.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain