suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua beranak bengang ‘orang asing’ selamba tinggal dalam van diparkir depan rumah sejak tiga tahun lalu... kecewa aduan tak dilayan pihak berkuasa

Cameron Weir dan ibunya Sheila (kiri) mendakwa Andy (gambar kecil) enggan berpindah sejak memarkir van di hadapan kediaman mereka tiga tahun lalu. Foto: Mark Anderson/Mirror.co.uk

DAPATKAH anda bayangkan individu yang tidak dikenali 'menghuni' kawasan luar kediaman untuk tempoh yang lama?

Itulah situasi yang terpaksa dilalui oleh Cameron Weir, 46, dan ibunya Sheila, 71, apabila seorang lelaki memarkir sebuah van di luar kediaman rumah mereka di Stonehouse, Lanarkshire dan tinggal di dalam kenderaan itu selama tiga tahun!

Cameron dan Sheila mendakwa kehadiran lelaki berkenaan, Andy Calvert telah mengganggu keluarga mereka sejak dia mula 'tinggal' di halaman tersebut.

Aduan yang dilakukan ke majlis perbandaran bagaimanapun tidak membantu menyelesaikan masalah dua beranak ini sungguhpun tanah tersebut dimiliki oleh pihak berkenaan.

"Kami diberitahu bahawa mereka tidak dapat bertindak kerana sekatan Covid-19 walaupun mereka boleh bertindak lama sebelum ini.

"Ini sangat mengecewakan," kata mereka.

Andy pula bertegas tidak akan berpindah selagi pihak majlis perbandaran, yang pernah mengusirnya dari flat kerana masalah sewa, tidak menyediakan kediaman baharu untuknya.

"Selagi majlis tidak menawarkan pertolongan kepada saya, saya tidak akan ke mana-mana," kata lelaki berkenaan. - Mirror.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

van, parkir, orang asing, depan rumah

Artikel Lain