suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat terhempas atas apartment, juruterbang pula lesap tanpa jejak

Kejadian itu berlaku pada Sabtu di sebuah apartment di Jerman.

MALANG tidak berbau.

Begitulah gambarannya mengenai kejadian sebuah pesawat yang terhempas di atas sebuah apartment sehingga mengorbankan dua individu.

Kejadian berlaku di Feldmark, Wesel, setengah jam perjalanan dari lapangan terbang Dusseldorf di Jerman.

Selain dua korban, juruterbang pesawat dan dua lagi individu bagaimanapun masih hilang dan gagal dijumpai.

Malah, dua lagi individu termasuk kanak-kanak turut dilaporkan cedera.

Menurut laporan media tempatan, pesawat itu terhempas ke atas apartment berkenaan pada Sabtu sebelum berlakunya kebakaran.

Masih belum dapat dipastikan puncanya, namun ada yang mendakwa kejadian berpunca akibat pertembungan pesawat itu dengan sebuah belon udara panas. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

juruterbang, apartment, kebakaran

Artikel Lain