suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wad kecoh! Isteri dah nak bersalin 'naik hantu' selepas dapat tahu perempuan simpanan suami ada di hospital sama untuk lahirkan anak

Seorang jururawat sempat merakam secara sembunyi situasi kecoh di wad bersalin ketika seorang isteri mengamuk selepas mendapat tahu kecurangan suaminya. Foto: Mirror.co.uk

DETIK melahirkan anak adalah satu momen yang paling berharga buat seseorang wanita.

Namun berlainan pula dengan situasi yang dilalui oleh wanita ini apabila dia mendapat tahu mengenai kecurangan suami sendiri saat bakal bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat mereka.

Mana tidaknya, pasangan rahsia suaminya itu turut berada di hospital yang sama untuk melahirkan bayi!

Dalam video pendek yang dirakam secara sembunyi oleh seorang jururawat, jelas kedengaran suara si isteri sedang mengamuk selepas mengetahui 'skandal' suaminya.

Walaupun tidak jelas apa yang diperkatakan di dalam video tersebut, namun wajah jururawat itu 'menceritakan' situasi tegang yang sedang berlaku di hospital.

Video yang dimuat naik di laman Reddit dengan kapsyen "Apabila ibu bersalin mendapati pasangan suaminya juga di sini untuk bersalin" meraih tontonan yang tinggi selain dibanjiri ribuan komen netizen. - Mirror.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

naik hantu, wad, kecoh, skandal

Artikel Lain