suria

Terlebih kreatif! Wanita guna kotak ayam goreng sebagai topeng muka

Kelibat seorang wanita yang selamba menggunakan kotak ayam goreng sebagai topeng muka menjadi tular di media sosial. Foto: Metro.co.uk

PENGGUNAAN topeng pelitup mulut dan hidung sangat penting ketika ini, tambahan pula ketika penularan wabak Covid-19 masih belum reda.

Pelbagai jenis topeng muka yang digayakan, sama ada yang boleh didapati di farmasi ataupun menjahitnya.

Namun wanita ini memilih topeng yang lebih kreatif - bekas kotak ayam goreng!

Menerusi video yang diambil di pusat membeli-belah Westfield Marion di Adelaide, Australia, kelihatan seorang wanita sedang duduk di meja dan asyik menatap telefon bimbitnya sambil memakai topeng unik berkenaan.

Kelihatan juga dulang makanan di atas meja, menandakan wanita tersebut baharu selesai menikmati hidangannya.

Walaupun tidak jelas sama ada wanita tesebut memakai topeng unik berkenaan hanya sebagai berjenaka atau atas faktor kesihatan, namun video tersebut menghiburkan hati netizen.

Video itu menjadi perhatian selepas dimuat naik oleh seorang individu bernama Scott McInerney di Instagram. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

topeng, kotak ayam goreng

Artikel Lain