suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bapa terpaksa jual lembu untuk beli telefon pintar, mudahkan urusan anak sertai kelas dalam talian

Lelaki itu terpaksa menjual lembu untuk membeli telefon pintar buat anak-anaknya.

KEHADIRAN wabak Covid-19 ternyata mengubah landskap kehidupan kita semua.

Antaranya termasuklah pengajian di sekolah yang banyak dijalankan secara dalam talian dalam usaha mengekang wabak itu.

Di Himachal Pradesh, India, seorang bapa sanggup menjual seekor lembu peliharaannya demi pendidikan anaknya.

Dia yang kesempitan hidup terpaksa menjual haiwan itu untuk membeli telefon pintar buat dua anaknya menyertai kelas dalam talian.

Kata Kuldip Kumar, dua anaknya menghadapi kesukaran selepas persekolahan ditutup sejak Mac lalu.

Setelah permohonan pinjaman wang ditolak, dia akhirnya menjual haiwan tersebut sebelum membeli sebuah telefon pintar baru-baru ini. - India Times.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Kuldip Kumar, lembu, telefon pintar

Artikel Lain