suria

Majlis makan-makan keluarga sempena tamat 'lockdown' berakhir tragedi... 14 disahkan positif, seorang jadi korban Covid-19

Majlis makan-makan keluarga yang berakhir dengan tragedi selepas 14 daripadanya disahkan positif Covid-19, manakala seorang lagi terkorban. Foto: Fox4

GARA-GARA menganjurkan majlis makan-makan dan perjumpaan kecil bagi meraikan tamatnya perintah berkurung, seramai 14 individu daripada keluarga yang sama disahkan positif Covid-19, manakala seorang lagi meninggal dunia akibat wabak berkenaan.

Lelaki bernama Tony Green menganjurkan pertemuan kecil di kediamannya selepas berbulan-bulan tidak bertemu dengan ahli keluarganya yang lain ekoran penularan Covid-19.

Bagaimanapun, pertemuan tersebut berakhir dengan tragis selepas 14 daripada mereka positif Covid-19.

Ayah mentua Tony, Rafael Ceja terpaksa bergantung kepada ventilator sejak dua minggu lalu, manakala ibu kepada Ceja pula terkorban akibat wabak tersebut.

"Semua orang meyakinkan saya bahawa itu bukan salah saya, tetapi itu adalah kediaman saya. Saya tuan rumah, dan wabak tersebar kerana idea saya yang mengumpulkan keluarga.

"Saya fikir semuanya akan baik-baik saja. Kami bahkan tidak keluar, hanya di rumah bersama. Saya mengalami masa yang sukar dengan apa yang berlaku," kata Tony.

Tony sendiri terpaksa menerima rawatan di hospital kerana wabak tersebut, dan dia bersama saudaranya yang lain kini beransur pulih. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, lockdown

Artikel Lain