suria

Suami isteri ‘frontliner’ bertarung nyawa di ICU akibat Covid-19

Petugas kesihatan, Rommell Ryan Longid (kiri) dan isterinya Maria yang kini masih di ICU. Foto gofundme

SEPASANG suami isteri yang merupakan petugas kesihatan kini bertarung nyawa, apabila kedua-dua mereka dirawat di unit rawatan rapi (ICU) selepas dijangkiti Covid-19.

Sampai satu tahap, doktor memberitahu Rommell Ryan Longid, 46, bahawa isterinya yang tenat, Maria, 46, mungkin mati kecuali menggunakan ventilator.

Dengan keadaan isteri yang disambungkan pada ventilator, Longid memegang tangan isterinya dan memberitahu dia mencintainya dan meminta untuk terus melawan penyakit itu.

Sementara itu, rakan-rakan prihatin terhadap nasib yang menimpa anak pasangan itu, Gabe yang berusia 15 tahun.

Malah, mereka mengumpulkan dana bagi membantu menyara kehidupannya kerana bimbang kedua-dua ibu bapa remaja itu berada di ambang maut.

Romell, dari Haywards Heath, West Sussex itu, menghabiskan kira-kira 10 hari di hospital sehingga dia cukup sihat untuk pulang dan terus menjalani kuarantin.

Bagaimanapun semasa dirawat di ICU, Romell tidak memerlukan penggunaan ventilator.

Bagaimanapun, selepas 10 hari menggunakan ventilator, keadaan kesihatan isterinya, Maria bertambah baik.

Pasangan itu berasal dari Filipina dan menetap di United Kingdom (UK) selama hampir 20 tahun.

Kedua-dua mereka merupakan petugas barisan hadapan yang mengendalikan kes-kes Covid-19.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

suami isteri, ventilator, ICU, Covid-19,

Artikel Lain