suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Umur baru setahun tapi dah pandai meluncur salji

Peppa tidak takut bermain salji walaupun dia baru saja berusia setahun.

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia setahun bukan saja mengikut jejak langkah kakak dan abangnya malah menjadi peluncur ais termuda di dunia.

Peppa menunjukkan aksi luar biasa dan gembira apabila melakukan aktiviti itu bersama keluarganya.

Anak bongsu kepada pasangan suami isteri Carolin dan Patrick Schreiber itu tidak sedikit pun takut dengan salji.

Malah pasangan itu mengajar ketiga-tiga anaknya bermain sukan itu di sebuah kawasan pergunungan dekat Kartitshc, Tyrol, Australia.

Carolin yang mula meluncur ais ketika berusia dua tahun berkata:”Ketekunan adalah kunci dalam mengajar anak-anakny bagaimana cara meluncur salji.”

“Kami sering berlatih, berlatih, berlatih. Sudah tentu bakat membantu dan paling penting dalam pembelajaran mereka.

“Namun memberikan motivasi kepada mereka juga amat penting, ” katanya.

Jelas wanita berusia 38 tahun itu, dia dan suaminya sering melakukan beberapa muslihat untuk memastikan anak-anak mereka tidak bosan dengan sukan tersebut.

“Kami mulakan dengan membawa alat mainan dan patung bersama mereka di kawasan gunung. Kami membiarkan mereka mengejar alat permainan yang dijatuhkan.

“Kami juga membawa bersama snek dan gula-gula untuk memastikan motivasi mereka pada peringkat tertinggi, ” katanya. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain