suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lahir anak 2 minit, ibu dakwa bersalin paling pantas di dunia

Ava yang dilahirkan dalam masa dua minit. Foto Daily StAR

SEORANG ibu mendakwa dia melahirkan anak paling pantas di dunia apabila bersalin dalam masa hanya dua minit.

Tempoh bersalin yang pantas itu ternyata membuatkan doktor yang menyambut kelahiran itu berasa kagum.

Terri, 29, yang mengalami pengalaman bersalin yang menyakitkan 24 jam menerusi anak pertama Cameron, yang kini berusia sembilan tahun berkata: “Ava baru saja keluar. Sama sekali tidak menyakitkan

"Saya fikir saya secara tidak sengaja terbuang air sendiri kerana yang saya rasakan hanya sedikit tekanan, pasti disebabkan pengecutan yang berlaku pada saya.

"Saya mengangkat kaki saya dan dia (bayi) dah keluar. Bidan cepat-cepat datang, mereka tidak pernah melihat kejadian seumpamanya."

Ava lahir 17 jam selepas pembantu jurujual Terrie dan pasangannya pergi ke Hospital Royal Preston di Preston, England pada 3 Mac lalu.

Empat tahun lalu, seorang wanita, Daisy Stewart, 20, mendakwa dia melahirkan anak pertamanya, Poppy dalam tempoh lima minit dan 17 saat. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

lahir, bidan, anak, bidan,

Artikel Lain