suria

Unik atau pelik... X Æ A-12 nama anak ke-6 jutawan Elon Musk

elon-musk1

ELON Musk menarik perhatian ramai apabila mengumumkan kelahiran bayi keenamnya dan yang pertama bersama kekasihnya, Grimes.

Ketua Pegawai Eksekutif Telsa itu berkongsi berita gembira itu menerusi akaun Twitter peribadinya @elonmusk.

"Ibu dan bayi sihat," demikian tulis Musk ketika menjawab salah satu pertanyaan di akaun media sosialnya.

Musk juga memberitahu bayi lelakinya itu dinamakan X Æ A-12, nama yang membuat banyak pihak mengerutkan dahi kerana tidak faham maksudnya.

Susulan itu, X Æ A-12 terus popular di Twitter seluruh dunia selepas ia ditanya salah seorang daripada 33.7 juta pengikut Musk di laman media sosial itu.

Setelah jutawan itu tweet nama bayinya, warganet mula meneka nama sebenar cahaya mata Musk itu dan tidak kurang juga yang menganggap ia sebagai kod.

Kod seperti itu dikatakan mempunyai kaitan dengan lagu dari album Miss Anthropocene, Grimes, yang berjudul '4 Æ M'; untuk "for Æ Musk".

Melalui Twitternya, Grimes pula cuba menjelaskan bahwa Æ berarti AI (Artificial Inteligence) dan X seperti huruf 'X' pada umumnya dan A12 mengacu pada SR 71 (dalam tweet Grimes menyebut SR 17 namun diperbaiki Musk menjadi SR 71), pesawat kegemaran pasangan itu, yang tanpa senjata, tanpa kelengkapan pertahanan, kecuali kelebihan daripada segi kelajuan.

A, kata Grimes merujuk kepada Archangel, lagu yang diminatinya.

Salah seorang warganet meneka nama sebenar bayi Musk mungkin X Ash Archangel.

Menurut pengguna itu, huruf X tetap disebut sama, manakala "Æ" pula mewakili "Ash", manakala A-12 merujuk kepada kod nama pesawat CIA A-12, iaitu Archangel.

Ada juga yang meneka X melambangkan angka 10 atau abjad ke-10, yakni huruf "J", lalu huruf "Æ" diucapkan sebagai "ã", sedangkan A-12 merupakan persamaan dalam matematik yang bererti huruf "O".

Yang pasti ramai beranggapan X Æ A-12 Musk bukan nama seperti yang didaftarkan dalam sijil lahir bayi itu.

Ini kerana lima anak Musk dengan isteri pertamanya, Justine Musk diberi nama yang dianggap normal iaitu Griffin, Xavier, Damian, Saxon dan Kai.-kompas.com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Elon Musk, Grimes, Telsa

Artikel Lain