suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempar jurugambar temui ular berkepala dua

Ular kepala dua ditemui di timur India. Foto India News Agency/Jam Press

SATU rakaman yang mengejutkan menunjukkan seekor ular berkepala dua, sehingga menjadi perhatian pakar hidupan liar.

Haiwan yang luar biasa itu dilihat dengan kepala masing-masing berebut mencari makanan.

Keadaan tersebut memberi maksud bahawa ular seperti itu kebiasaannya tidak dapat hidup lama.

Reptilia berkenaan ditemui di kawasan hutan Dhenkikot yang merupakan tempat perlindungan hidupan liar Keonjhar di Odisha, timur India.

Ular yang baru lahir itu ditemui oleh seorang jurugambar, Rakesh Mohalick, dan ia dikenali sebagai Ular Serigala yang merupakan spesies tidak berbisa.



Kebiasaannya haiwan berkepala dua tidak dapat hidup lama. Foto India News Agency/Jam Press

Rakesh berkata: "Satu di antara dua kepala kelihatan lebih panjang ke hadapan sedikit dan kedua-duanya diketahui berjuang untuk mendapatkan makanan."

Ular sepanjang 14 sentimeter itu mempunyai dua kepala terbentuk sepenuhnya, iaitu mempunyai empat mata yang berfungsi dengan dua lidah.

Menurut Rakesh, kedua-dua kepala haiwan itu bergerak bebas dan keadaam itu menjadi cabaran buat makhluk tersebut untuk bertahan lama dalam kehidupan liar. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

ular, kepala dua,

Artikel Lain