suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemuda tiga kali positif Covid-19 dalam tempoh dua bulan

Christian Bermea disahkan positif Covid-19 sebanyak tiga kali. Foto Facebook/Mirror UK

SEORANG lelaki positif Covid-19 sebanyak tiga kali dalam tempoh dua bulan.

Menurut lelaki berusia 26 tahun itu, dia takut sekiranya masih menghidap penyakit itu.

Christian Bermea pertama kali didiagnosis Covid-19 pada 19 Mac lalu, dan telah didapati positif virus tersebut sebanyak dua kali sejak itu.

Walaupun dia tidak merasa sakit seperti mengalaminya buat pertama kali, Christian, dari Houston di Texas, Amerika Syarikat itu memberitahu dia masih mengalami beberapa gejala.

Bercakap kepada Fox 6 Now, Christian berkata: "Saya sudah sedia untuk mengakhirinya.

"Saya pasti berasa jauh lebih baik daripada yang saya rasakan pada awalnya, tetapi saya masih belum mencapai 100 peratus.

"Deria bau saya tidak begitu baik seperti dulu, berasa letih dan dan sesak nafas," katanya.

Christian terus menjalani kuarantin sendiri, selepas 52 hari buat pertama kali diberitahu dia dijangkiti Covid-19.

"Virus ini bukan sahaja melibatkan proses fizikal, tetapi juga mental," tambahnya.

Menurut Christian, dia merancang untuk melakukan ujian sekali lagi pada minggu ini.

Jika keputusan ada positif, dia mungkin menunggu sebulan lagi untuk menjalani ujian lain. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Christian Bermea, Covid-19,

Artikel Lain