suria

Keputusan ujian terbaharu dedah Covid-19 menular di Eropah seawal Disember

Seorang doktor memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE) semasa menguji sampel ujian Covid-19.

SAINTIS mendakwa wabak koronavirus (Covid-19) menular di Eropah seawal Disember.

Keputusan ujian sampel terbaharu di sebuah hospital di Perancis menunjukkan seorang lelaki yang disahkan positif jangkitan itu menerima rawatan di situ pada 27 Disember lalu.

Ia berlaku hampir sebulan sebelum kerajaan Perancis mengumumkan kes pertamanya di negara itu.

Ketua Resusitasi di Hospital Avicenne dan Jean Verdier, Yves Cohen berkata:”Daripada 24, kami mempunyai seorang pesakit yang positif Covid-19 pada 27 Disember.”

Pada awalnya, sampel pesakit dikumpulkan untuk mengesan virus selesema tetapi turut jangkitan itu turut dikesan.

Cohen berkata setiap sampel diuji beberapa kali untuk memastikan tiada kesilapan dilakukan.

Dan dia kini menggesa sampel ujian negatif ketika ini dikaji semula.

Jelasnya lagi, lelaki itu mengalami demam selama 15 hari dan turut menjangkiti dua anaknya.

Namun isteri lelaki itu yang bekerja di sebuah pasar raya tidak dijangkiti.

Covid-19 mula merebak di Wuhan, China pada hujung tahun lalu. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, saintis, Eropah, Perancis

Artikel Lain