suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Korea Selatan, AS dituduh sembur virus Covid-19 pada barang ‘import’ sebelum dihantar ke Korea Utara

Jong-un muncul selepas 20 hari menghilangkan diri.

KOREA Utara dilaporkan menuduh Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan menyembur virus Covid-19 pada barangan ‘import’ yang dihantar ke negara itu.

Menurut Daily NK, sumber di wilayah itu mendakwa meneliti tuduhan terhadap kedua-dua negara tersebut.

Sumber itu mendakwa tuduhan itu dibuat dalam mesyuarat unit pentadbiran oleh seorang pensyarah.

Pensyarah itu turut memberi amaran kepada para hadirin supaya berhati-hati sekiranya menemui barang-barang pelik dan segera melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Negara itu menjadi tumpuan media sejak akhir-akhir ini berikutan timbul teka-teki mengenai keadaan kesihatan pemimpinnya, Kim Jong-un.

Beberapa laporan mendakwa pemimpin itu telah meninggal dunia manakala tidak kurang juga memberi bayangan dia sedang sakit tenat.

Namun Jong-un tiba-tiba muncul dalam majlis pembukaan sebuah kilang baja selepas 20 hari menghilangkan diri. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain