suria

Gadis ‘barbie’ bangga tunjuk bentuk bibir terbaharu selepas buat suntikan ke-21

Ivanova belum berpuas hati dengan bentuk bibirnya.

SEORANG gadis yang ingin menjadi seperti patung Barbie menunjukkan bentuk bibir terbaharunya.

Andrea Ivanova kini mendakwa dirinya mempunyai bibir paling besar di dunia selepas menjalani suntikan buat kali ke-21.

Gadis berusia 22 tahun itu menjalani suntikan bibir terbaharunya pada Selasa lalu.

Malah dia turut berkongsi foto bibir tebalnya itu di Instagram miliknya.

Walaupun dinasihatkan oleh doktor supaya menghentikan tabiatnya itu, Ivanova bagaimanapun berhasrat untuk membesarkan bibirnya pada masa akan datang.

“Lagi besar lebih bagus. Saya suka bibir besar Andrea, ” kata salah seorang pengikutnya.

Ivanova yang melakukan transformasi bibirnya pada 2018 mempunyai lebih 32,000 pengikut di Instagram.

Setakat ini, dia sudah menghabiskan ribuan pound sterling untuk mendapat bentuk bibir idamannya. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain