suria

Penyelidik Covid-19 mati dibunuh ketika ‘hampiri penemuan penting’

dr liu

SEORANG penyelidik Covid-19 mati dibunuh selepas dia dikatakan berada di ambang penemuan yang signifikan berkaitan dengan pandemik itu.

Penyelidik Universiti Pittsburgh, Dr Bing Liu, 37, didakwa dibunuh ketika bersendirian di rumahnya di Ross Township di Pennsylvania, Amerika Syarikat.

Memetik laporan Mail Online, seorang lelaki yang dikenali sebagai Hau Gu, 46, menceroboh masuk ke rumah mangsa yang tidak dikunci dan melepaskan tembakan.

Dr Liu terkena tembakan di kepala, leher dan badannya.

Penembak berkenaan, Gu, kemudian berjalan keluar ke keretanya sebelum menembak dirinya sendiri.

Polis mendedahkan bahawa kedua-dua mangsa dan suspek mengenali antara satu sama lain.

Bagaimana tidak pastikan hubungan kedua-duanya.

Insiden pembunuhan berlaku ketika Dr Liu mengusahakan projek berkaitan Covid-19.

Ketua jabatan komputer dan biologi sistem di Sekolah Perubatan Pitt, Ivet Bahar berkata: "Beliau (Dr Liu) sangat berbakat, begitu pintar dan rajin.

"Beliau menyumbang beberapa projek ilmiah dan menerbitkan jurnal berprofil tinggi.

"Beliau adalah seseorang yang amat disenangi, lembah lembut, suka membantu dan baik hati.

"Kami terkejut mengetahui apa berlaku, sangat tidak dijangka," lapor Pittsburgh Post Gazette. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain