suria

Kim Jong-un tak nampak seperti pernah jalani pembedahan jantung, ‘ghaib’ mungkin sebab elak Covid-19

Kim Jong-un muncul dalam majlis pembukaan sebuah kilang baja, baru-baru ini. Foto: BBC.com

AGENSI perisikan Korea Selatan mendakwa khabar angin mengenai keadaan kesihatan Kim Jong-un selama ini adalah tidak berasas, dan tiada langsung tanda-tanda menunjukkan pemimpin Korea Utara itu menjalani pembedahan jantung.

Kim sebelum ini 'ghaib' selama hampir 20 hari tanpa kelibatnya muncul di hadapan khalayak, malah tidak kelihatan ketika perayaan ulang tahun datuknya - salah satu acara terbesar buat Korea Utara.

Beberapa laporan media mendakwa Kim sakit tenat malah ada laporan mendakwa pemimpin itu meninggal dunia.

Namun teka-teki itu terjawab selepas Kim muncul di majlis pembukaan sebuah kilang baja - dan beliau berada dalam keadaan sihat.

Ketua agensi perisikan Korea Selatan, Suh Hoon, memberitahu jawatankuasa parlimen pada hari Rabu, di mana dia mengatakan tidak ada tanda-tanda bahawa khabar angin mengenai kesihatan Kim adalah benar, lapor agensi berita Yonhap.

Jawatankuasa itu juga diberitahu, Kim telah tampil sebanyak 17 kali di hadapan khalayak pada tahun ini, di mana kebiasaannya beliau telah muncul 50 kali untuk jangka masa itu bagi tahun ini.

Boleh jadi keadaan itu disebabkan oleh penularan wabak Covid-19, kata seorang anggota jawatankuasa itu - walaupun Korea Utara secara rasmi tidak mempunyai kes.

"Tidak boleh menolak ada wabak itu di Korea Utara," kata anggota parlimen Kim Byung-kee.

"Kim Jong-un menumpukan untuk menyatukan hal ehwal dalaman seperti pasukan tentera dan pertemuan parti-parti dalam negara, dan kebimbangan terhadap koronavirus telah membatasi kegiatannya," ujar anggota itu. - BBC.Com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain