suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki genius cipta motosikal terbang untuk elak kesesakan trafik

Motosikal terbang yang dibina oleh seorang lelaki dari China.

MASALAH kesesakan lalu lintas menjadi idea kepada ciptaan luar biasa lelaki ini.

Disifatkan ramai sebagai lelaki genius, dia mencipta motosikal terbang untuk mengelakkan masalah itu.

Jurutera yang belajar sendiri itu dikenali sebagai Zhao Deli dan berasal dari Deli, sebuah wilayah di Hunan, China.

Dalam satu posting Twitter, dia kelihatan sedang terbang menggunakan ciptaannya itu.

Prototaip itu digelar sebagai 'skuter terbang' dan mampu berada di udara setinggi sembilan meter.

Kenderaan berwarna putih itu juga kelihatan seperti sebuah dron.

Untuk rekod, ia bukanlah ciptaan pertama seumpamanya di China.

Dia sebelum ini juga pernah menghasilkan prototaip lebih kurang sama dengan motosikal terbang berkenaan.

Bagaimanapun, ciptaan terbaharu itu kelihatan jauh lebih baik. - The Sun.

Zhao Deli, motosikal terbang, China

Artikel Lain