suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terpengaruh ucapan Trump, wanita sembur cecair pembasmi kuman dalam makanan... risau Covid-19

Perlakuan wanita itu didedahkan oleh seorang pengulas politik menerusi Twitter miliknya. foto: Getty Images/Tetra images RF.

SEORANG wanita British menyembur cecair pembasmi kuman dalam makanan gara-gara terpengaruh dengan ucapan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Dia melakukan perbuatan itu sebelum menjamah makanan berkenaan kerana bimbang menjadi mangsa jangkitan Covid-19.

Perkara itu didedahkan oleh seorang pengulas politik, Kevin Maguire menerusi laman Twitter.

Baru-baru ini, Trump mencadangkan bahawa Covid-19 boleh dirawat dengan menyuntik pembasmi kuman dalam badan.

Dakwaan itu bagaimanapun ditolak oleh pakar perubatan yang menjelaskan tiada kajian saintifik membuktikan hal berkenaan.

Selain pakar perubatan, syarikat pengeluar cecair pembasmi kuman juga terpaksa tampil dengan kenyataan rasmi bagi mengelakkan orang ramai melakukan tindakan sebagaimana dicadangkan Trump. - Daily Star.

Artikel Lain