suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Imej satelit papar struktur binaan besar, timbul spekulasi ada raptai pengebumian Kim Jong-un

Imej satelit yang diterbitkan memaparkan binaan struktur besar di Pyongyang.

BIARPUN Korea Utara menegaskan presiden Kim Jong-un masih hidup, berita mengenai kematiannya masih lagi bertebaran sehingga kini.

Terbaharu, wujud pendedahan imej satelit yang memaparkan binaan struktur gergasi di sebuah tapak perarakan di Pyongyang.

ARTIKEL BERKAITAN: Tepis spekulasi ramai, Korea Utara tegaskan Kim Jong Un masih hidup

Binaan berkenaan biasanya digunakan dalam perarakan tentera, sekaligus menimbulkan dakwaan wujudnya raptai pengebumian Kim Jong-un.

Ia juga dikatakan hampir sama sewaktu kematian bapanya, Kim Jong-il pada 2012.

Kim Jong-un sudah tidak membuat kemunculan awam sejak 11 April lalu.

Pada Isnin, Korea Utara menegaskan pemimpin mereka masih hidup.

Kenyataan itu menepis dakwaan dia sudah meninggal dunia sebagaimana dilaporkan oleh media-media asing.

Malah, Kim Jong-un dikatakan berada di Wonsan sejak 13 April lalu.

Sebelum ini, tular laporan mengatakan dia meninggal dunia pada Sabtu malam. - The Sun.

Artikel Lain