suria

Tepis spekulasi ramai, Korea Utara tegaskan Kim Jong Un masih hidup

Korea Utara menafikan kematian Kim Jong-Un sebagaimana dilaporkan media dunia.

KOREA Selatan menegaskan presiden mereka, Kim Jong Un masih lagi hidup.

Malah, kenyataan itu turut menepis dakwaan yang mengatakan pemimpin itu meninggal dunia sebagaimana dilaporkan oleh media-media asing.

Kata penasihat polisi asing presiden Korea Selatan, Moon Chung-in, Kim Jong Un masih hidup dan sihat.

Malah, dia kini berada di Wonsan, sejak 13 April lalu.

Terdahulu, tular laporan yang mengatakan Kim Jong Un meninggal dunia pada Sabtu malam.

Dakwaan itu termasuklah dari sumber negara Jepun dan China.

Baru-baru ini juga, CNN melaporkan keadaan pemimpin berusia 36 tahun itu dipantau pegawai perisik Amerika Syarikat (AS) selepas dimaklumkan berada dalam keadaan tenat selepas pembedahan jantung. - CNN.

Artikel Lain