suria

Ajaib! Walau terpaksa guna ventilator, ibu muda selamat lahirkan anak ketika sedang bertarung dengan Covid-19

Megan selamat melahirkan bayi lelaki walaupun ketika itu sedang bertarung dengan Covid-19. Foto: UC Health/Fox19

AJAIB! Seorang ibu muda yang disahkan positif Covid-19 selamat melahirkan anak lelakinya ketika sedang bergantung kepada mesin ventilator.

Megan Sites, 27, pada mulanya dikejarkan ke jabatan kecemasan di sebuah hospital di Ohio pada 1 April kerana kesukaran bernafas dan sukar berbaring.

Ketika itu kandungannya baru berusia tujuh bulan.

Ujian yang dijalankan mengesahkan wanita itu positif bagi wabak Covid-19 dan dia terpaksa dipasangkan ventilator ekoran paru-parunya terjejas teruk.

Kira-kira seminggu kemudian, keadaan Sites makin memburuk dan dia terpaksa dipasangkan sejenis mesin iaitu extracorporeal membrane oxygenation (EMCO), malah dia diterbangkan ke Hospital Miami Valley bersama mesin tersebut untuk menjalani pembedahan caeserean.

Dia selamat melahirkan seorang bayi lelaki di mana kandungannya ketika itu berusia 29 minggu dan enam hari.

Sites melahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan perubatan kerana bertungkus lumus menyelamatkan nyawanya.

Ibu muda itu akhirnya dapat bertemu dengan bayinya, yang dinamakan Jameson, sepuluh hari kemudian.

Jameson yang masih berada di wad NICU dilaporkan berada dalam keadaan yang sihat tanpa ada simptom-simptom dijangkiti Covid-19, dan dijangka dibenarkan pulang ke rumah dalam tempoh empat hingga lima minggu.

"Tidak ada kata-kata. Tidak ada cara untuk menunjukkan kepada mereka penghargaan yang selayaknya. Ia adalah sesuatu yang luar biasa,"kata Sites mengenai pasukan perubatannya. - Metro.co.uk

Covid-19, ventilator, anak

Artikel Lain