suria

Aktivis di China hilang beberapa hari sebelum polis sahkan mereka ditahan kongsi artikel terlarang koronavirus di Github

Polis megesahkan Can Wei ditahan selepas hilang beberapa hari. -foto SCMP

TIGA sukarelawan di China yang membantu menyiarkan artikel terlarang berkaitan Covid-19 di laman web yang membuat penyimpanan dari sumber-sumber online terbesar dunia, Github, telah ditahan oleh polis di lokasi yang tidak diketahui, menurut sumber yang dekat dengan mereka.

Cai Wei, teman wanitanya yang hanya dikenal pasti sebagai Tang, dan Chen Mei adalah penyumbang kepada satu 'projek sumber', Terminus2049 yang dimulakan pada tahun 2018.

Ia mengumpulkan artikel-artikel yang telah ditapis dan dikeluarkan dari media arus perdana dan media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh, antara doktor pertama sebar tentang penularan koronavirus di Wuhan hilang!

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir 2 bulan hilang di Wuhan, wartawan akhirnya tampil buka cerita

Github yang dimiliki oleh Microsoft memungkinkan pengaturcara berkolaborasi menggunakan kod, dan ia semakin menjadi perhatian aktivis di China yang ingin menghindari Great Firewall untuk menerbitkan kandungan yang telah ditapis.

Terminus2049 juga mengendalikan arkib artikel berkaitan koronavirus dan akaun peribadi yang terdapat di media arus perdana dan media sosial dalam projek ‘2019covmemory’. Ia mengandungi bahan yang ditapis dan tidak ditapis.

Halaman projek itu menyatakan harapannya untuk dapat menyimpan satu rekod bagi membantu orang ramai lebih memahami epidemik ini dan mereka yang terkena jangkitan.

Bagaimanapun Terminus2049 nampaknya disekat di tanah besar China pada Sabtu.



Keberadaan Chen Mei masih menjadi tanda tanya. -foto SCMP

Ketiga-tiga sukarelawan yang berpusat di Beijing itu hilang pada 19 April, sumber memberitahu South China Morning Post, tetapi enggan mendedahkan identitinya.

Keluarga dan rakan mereka kemudian menghubungi polis, yang pada awalnya menafikan mengetahui maklumat tentang keberadaan mereka.

"Kira-kira lima hari kemudian, keluarga Wei dan Tang menerima pemberitahuan rasmi daripada biro daerah Chaoyang, polis Beijing," kata sumber itu.

”Selama beberapa hari terawal polis tidak mengaku menahan mereka.”

Menurut notis pemberitahuan tersebut, Wei dan Tang ditahan di bawah pengawasan polis di lokasi yang tidak disebutkan kerana ‘menimbulkan provokasi.’

Keluarga Mei bagaimanapun belum menerima sebarang pemberitahuan daripada polis.

“Mereka sentiasa berhubung dengan keluarga dan rakan. Sekarang mereka telah ditahan, keluarga dan rakan mereka tidak dapat membayangkan keadaannya,” kata sumber itu.

Biro polis Chaoyang tidak dapat dihubungi untuk memberi komen.

Antara artikel dan akaun peribadi yang disiarkan oleh projek itu, salah satu yang paling terkenal adalah wawancara dengan Ai Fen, seorang doktor pemberi maklumat terawal koronavirus di Wuhan Central Hospital.

Artikel itu diterbitkan oleh majalah People di China pada awal Mac tetapi dipadam dalam masa beberapa jam.

Setelah artikel tentang Ai dipadam, orang ramai yang marah menerbitkan puluhan versi yang berbeza di media sosial, menggunakan emoji, kod perkataan dan bahasa yang berbeza, malah ada yang mencipta sesuatu yang lain seperti Elvish dan Klingon untuk mengelak dari dikesan. -SCMP

Artikel Lain