suria

Wanita lahir bayi ketika suami pecut kereta sambil dikejar polis

Polis tidak melakukan sebarang tindakan sebaik mereka mengetahui apa yang telah berlaku.

SEORANG bayi selamat dilahirkan di tempat duduk penumpang kereta Ford Fiesta milik bapanya dalam kejadian di Bristol, England.

Ilina Head dilahirkan ketika bapanya bergegas ke hospital dan dikejar polis kerana memecut kereta sehingga 145km sejam.

Marie Head, 40, yang juga seorang jururawat bersalin di dalam kereta apabila suaminya Ilian, 43, melanggar lampu merah dan dikejar dua kereta polis dalam kejadian pada Ahad lalu, lapor The Sun.

Anak perempuan pasangan itu yang berusia 2 tahun juga berada di tempat duduk belakang.

Anggota penguatkuasa mengekori mereka sejauh 16km sehingga Ilian, kontraktor bangunan, masuk ke Hospital St. Michael di Bristol.

Polis kemudian menghalang kereta Ford Fiesta itu dengan kenderaan mereka.

Ilian kemudian melangkah keluar dengan mengangkat tangan dan berteriak: "Isteri saya telah melahirkan bayi.”

"Satu keajaiban saya dapat melahirkan bayi ketika kami sedang bergegas ke hospital dan kereta sedang dipecut, ” kata Marie.

Polis tidak melakukan sebarang tindakan sebaik mereka mengetahui apa yang telah berlaku.

”Tidak ada tindakan lebih lanjut yang diambil. Kami berharap pasangan itu baik-baik saja, ” kata jurucakap polis. -The Sun

bayi, bersalin, polis, pecut

Artikel Lain