suria

Gadis pengsan disangka dijangkiti Covid-19 dibantu frontliner lengkap PPE... rupa-rupanya stres putus cinta!

Gadis yang pengsan itu dikhuatiri dijangkiti Covid-19 menyebabkan pasukan perubatan memakain PPE.Gambar Hiasan

SEBUAH video yang kini tular memperlihatkan petugas perubatan lengkap memakai PPE sedang membantu seorang gadis yang ditemui pengsan.

Gadis dalam video itu pengsan di pinggir Jalan Suherman, daerah Garut di Jawa Barat.

Jurucakap pasukan petugas Covid-29 Garut, Ricky Rizky Darajat mengesahkan kejadian pada hujung minggu lalu itu.

"Tiada kaitan dengan Covid-19, petugas perubatan mendapat tahu seorang gadis tiba-tiba pengsan dan pasukan ke lokasi," katanya.

Menurut Ricky, laporan awal tidak menjelaskan penyakit yang dialami gadis itu, berikutan itu pasukan perubatan mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai PPE.

"Sebaik tiba di Alun-Alun Tarogong, gadis itu dibawa ke pusat kesihatan masyarakat dan di pantau pasukan perubatan.

"Selepas sedar dari pengsan, gadis itu ditanya petugas perubatan dan mengakui dia pengsan kerana putus cinta dengan teman lelakinya," katanya.

Sebaik dimaklumkan punca kejadian itu, gadis berkenaan telah dibenarkan pulang dan dijemput keluarganya.

Kata Ricky, penggunaan PPE sebagai langkah berwaspada untuk berdepan pesakit yang tidak diketahui latar belakangnya.-Kompas.com

pengsan, PPE, putus cinta, Ricky Rizky, Garut

Artikel Lain