suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemimpin Korea Utara tenat selepas jalani pembedahan jantung

Jong-un dilaporkan tenat selepas menjalani pembedahan jantung di sebuah hospital.

PEMIMPIN Korea Utara Kim Jong-un dilaporkan sedang tenat selepas menjalani pembedahan jantung.

CNN melaporkan keadaan kesihatan pemimpin berusia 36 tahun itu dipantau pegawai perisik Amerika Syarikat (AS) selepas dimaklumkan Jong-un dalam bahaya selepas pembedahan tersebut.

Jong-un tidak menghadiri sambutan perayaan terpenting Korea Utara pada 15 April lalu sekali gus menimbulkan spekulasi mengenai  keadaan kesihatannya.

Laman web Korea Selatan, Daily NK mendakwa Jong-un hampir pulih selepas menjalani prosedur tersebut.

Laman web itu memperoleh maklumat daripada seorang sumber yang berpusat di Korea Utara dan tidak mengetahui keadaan terkini Jong-un selepas itu, lapor Bloomberg.

Bekas Timbalan Ketua Bahagian CIA untuk Korea Utara, Bruce Klingner berkata desas-desus mengenai keadaan kesihatan Jong-un sebelum ini tidak benar.

"Ada beberapa khabar angin baru-baru ini mengenai kesihatan Jong-un (merokok, jantung dan otak).

"Jika Jong-un dimasukkan ke hospital, ia akan menjelaskan mengapa dia tidak hadir dalam perayaan penting pada 15 April lalu.

"Namun selama bertahun-tahun, terdapat khabar angin tidak benar mengenai kesihatan Jong-un atau bapanya. Kita perlu tunggu dan lihat," katanya.

Kali terakhir Jong-un dilihat dikhayalak ramai adalah pada 11 April lalu ketika dia hadir mesyuarat kerajaan.

Kerajaan Korea Utara masih belum mengeluarkan sebarang komen mengenai keadaan kesihatan pemimpinnya itu. - Metro.co.uk

Kim Jong-un, tenat, pembedahan, jantung

Artikel Lain