suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Larangan solat jemaah di Masjidil Haram, Masjid Nabawi dilanjutkan sepanjang Ramadan

Solat tetap dilakukan di dua masjid suci itu tetapi tidak secara berjemaah.

ARAB Saudi melanjutkan tempoh larangan solat jemaah di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi sepanjang Ramadan bagi mengekang merebaknya koronavirus.

Perkara itu disampaikan pentadbir dua masjid suci itu menerusi laman Twitter.

Solat pada Ramadan akan diadakan di kedua-dua masjid berkenaan tetapi tidak untuk jemaah yang datang menunaikan ibadah bagi memastikan tiadanya jangkitan di kawasan itu.

Setakat ini, Arab Saudi telah mencatat lebih 10,000 kes dan langkah diambil untuk mengelak sebarang perhimpunan termasuk solat berjemaah.

Pada pertengahan Mac lalu, pihak berkuasa Arab Saudi melarang jemaah berhimpun atau solat di kawasan dataran Masjidil Haram di Makkah dan Madinah dalam usaha membendung penyebaran Covid-19, lapor agensi berita Anadolu.

“Ketua dan pihak berkuasa keselamatan dan kesihatan memutuskan untuk tidak membenarkan jemaah berada di dataran di luar Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, bermula hari ini," agensi berita rasmi Arab Saudi, SPA memetik kenyataan Hani bin Haider, jurucakap Ketua Pengarah Alharamain di Madinah.

Sebelum ini, Arab Saudi menggantung semua solat jemaah di masjid lain di negara itu kecuali di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.-straitstimes.com

Artikel Lain