suria

Bersiaran tentang potong rambut di rumah, wartawan TV tak sengaja tunjuk suami bogel

Pantulan imej suaminya sedang mandi berbogel kelihatan pada cermin. Foto Mirror

SEORANG wartawan penyiaran TV tidak menyedari kelibat suaminya kelihatan, menerusi rakaman segmen bagaimana untuk memotong rambut di rumah ketika musim Covid-19.

Apa yang mengejutkan adalah dia secara tidak sengaja merakamkan suaminya yang sedang mandi dalam keadaan berbogel.

Melinda Meza, yang merupakan koresponden bagi KRCA 3 di Sacramenton di California, Amerika Syarikat menjadi tular susulan insiden yang tidak disengajakan itu.

Menerusi klip rakaman itu, Melinda sedang berdiri di dalam bilik mandi di rumahnya, dengan sebuah sinki dan dua cermin.

Dia membuat demonstrasi kepada orang ramai di rumah mengenai bagaimana dia memotong sebahagian rambutnya.

Bagaimanapun, penonton beralih tumpuan kepada pantulan imej di cermin yang menunjukkan seorang lelaki berbogel, yang disangkakan sebagai suaminya, Mike de Lambert.

Seorang netizen berkongsi rakaman segmen berita tersebut di laman Twitter dengan keterangan" "Maklum saya jika anda nampak sesuatu." - Mirror

bogel, wartawan penyiaran

Artikel Berkaitan

Artikel Lain